Menurut
Islam, seseorang itu boleh menyambut hari jadinya atau pun meraikan hari lahir
orang lain.
Ada 2
pendapat ulama mengenai hukum sambutan hari lahir:
1)
Sesetengah ulama berpendapat adalah haram sambutan harijadi yang mengadakan
upacara meniup lilin, menyanyi dan menari dalam keadaan bercampur gaul lelaki
dan perempuan kerana ianya perbuatan yang meniru budaya orang bukan Islam. Nabi
SAW bersabda: “sesiapa yang meniru satu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan
kaum tersebut” (Riwayat Abu Daud).
2) Ada
pendapat yang lain pula mengatakan sambutan hari jadi adalah perkara yang tiada
nas mengenainya, sama ada menyuruh atau melarang. Oleh itu perlu dilihat kepada
tujuan dan cara sambutan diadakan.
Wallahualam…
Sebenarnya
menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia
berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12
Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah
untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis
menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita mengingati
segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara
kita bersyukur.
Tapi
kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya
dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya
tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahramnya,meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram.
Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran
dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?
Jawapannya,
perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat.
Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa
menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”
Jelas
di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari
Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka
menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara
memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram
sebab ia bukan dari budaya Islam.
Raikanlah
harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan
kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di
sinilah terbinanya keharusan itu.
Justeru itu, sekiranya kita mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kita memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya.
Antaranya:
a. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).
b. Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan) maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu” serta berselawat. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.
c. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.
d. Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.
e. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang). Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: “Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”
f. Muhasabah diri (koreksi diri) yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.
Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada kecuaian dan kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian susuli dengan niat, azam dan perancangan bagaimana untuk mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki ini. Tentunya baki umur kita semakin hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil muhasabah diri ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah s.w.t.

Selain
melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT,kita juga seharusnya mengucapkan
banyak-banyak terima kasih kepada ibu bapa kita yang telah banyak berkorban
untuk kita…
Kaedah
yang di anjurkan Islam adalah lebih baik…smoga lepas ni sambutan yang diadakan
biarlah lebih islamik & bukannya pengaruh barat…
nasib la aq x smbut bday lnsung.. bapa aku pun x tau aq bday. bru la, ahaha...
BalasPadamkau ok lgi...tarikh birthdayku yg snng d ingat pun ummi & ayah ku nda ingat lngsung...ni kali la...
Padam