Sabtu, 5 Januari 2013

Kahwin Pada Usia Yang Muda



How r u guys for today??

Semoga sntiasa sihat walafiat,kpd yg tdk sihat 2 pula semoga cpt sembuh ok…

Kali ini saya nak share pula tentang kahwin...

Ketahuilah bahawa berkahwin itu adalah satu sunnah. Manakala mengamalkan sunnah pula adalah merupakan amalan yang paling afdhal, apatah lagi di akhir zaman. Hadith Nabi s.a.w menyebut :
"Nikah itu adalah salah satu daripada sunnah aku, barangsiapa yang membenci sunnah aku maka dia bukanlah dari kalangan aku ( ummatku )"

Hadith ini jelas menyebut bahawa nikah itu adalah sunnah, dan melakukan sunnah beroleh ganjaran yang sangat besar. Sebagaimana dinyatakan dalam hadith berikut, di mana Nabi s.a.w bersabda :
” Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku ketika ummatku semakin rosak ( akhir zaman ) maka baginya pahala umpama 70 orang yang mati syahid “.

Dalam sesetengah riwayat yang lain disebut :
” baginya pahala 100 orang mati syahid “.

Dengan demikian besar ganjaran mengamalkan sunnah – salah satunya an-nikah – maka semestinya ramai yang mahu berkejar2 mengamalkan sunnah tersebut.

Huh…ni pula persoalan paling hot..nak kahwin muda tak??

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.

So kali ini saya nak share apakah kelebihan bagi mereka yang ingin kahwin di usia yang muda…

1) Kahwin awal dapat mengelakkan zina..Pasangan muda yang masih belajar apabila kahwin muda, mereka akan terlepas dari melakukan maksiat sebab mereka dah mempunyai hubungan yang halal dan sah..Daripada bercouple 4,5,6,7,8,9 ataupun 10 tahun tetap berdosa sebab semasa bercouple macam2 maksiat boleh berlaku.. Dalam islam pun sebenarnya tak dibenarkan bercouple2, sebaliknya nak yang lebih indah iaitu Bercinta Selepas Nikah..

2) Dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat..Sekarang ni terlalu banyak kes anak di luar nikah, kes pembuangan bayi.. Ini semua berlaku disebabkan perasaan cinta yang ditambah dengan nafsu dan dengan hasutan syaitan maka terjadilah zina.. Sebab tu digalakkan berkahwin ketika belajar pada usia muda, sebab kita selamat dari melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina dan selamat daripada melakukan dosa.. Apabila dah berkahwin pastinya kita akan menjaga zuriat kita dengan baik dan sempurna..

3) Batas-batas pergaulan anda terpelihara, memang tak dapat dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa,ingin dating,ingin bersama2 setiap masa dan waktu... Apabila perkara ini selalu terjadi, secara tidak langsung pasangan ini akan terlibat dengan melalukan perbuatan terlarang iaitu maksiat & zina..
Bila dah kahwin, dan mempunyai hubungan yang sah anda sudah berjaya menjaga batas-batas pergaulan anda..

4) Bila dah berkahwin pada usia muda, anda sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai.. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan2 yang cantik akan diganggu oleh lelaki.. Perkara ini sering terjadi kepada pelajar IPTA.. Dengan berkahwin pada usia muda dan mempunyai suami anda sebenarnya sudah selamat dari gangguan..

5) Selamat dari cinta monyet, anda semua mesti tahu apa itu cinta monyet? biasa cinta monyet ni bertahan sekejap selepas itu putus..Ramai sebenarnya yang cinta monyet,berjanji sehidup semati nk bersama2 untuk selama-lamanya..Tapi bila hubungan yang diharapkan kekal sehingga ke jinjang pelamin akhirnya musnah..
Apabila perkara ini berlaku, anda akan kecewa,sedih,marah,benci dan paling teruk hilang kepercayaan terhadap cinta ada yang sampai bunuh diri..
Sebab itu anda patut berkahwin ketika usia muda, sebab apabila dah berkahwin insyAllah akan kekal selama-lamanya.. 

6) Hidup lebih berkat dengan adanya hubungan yang sah..Pastinya hidup anda akan lebih berkat apabila mempunyai ikatan hubungan yang sah iaitu suami dan isteri...

7) Prestasi cemerlang selepas kahwin,dan mendapat semangat baru untuk belajar, tak dapat dinafikan dah ramai yang berkahwin semasa belajar mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan exam.. Dengan berkahwin, menjadikan seseorang itu lebih tenang dan matlamat hidup mereka lebih jelas. Mereka lebih fokus dalam bidang pelajaran dan sokongan dari pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat.

8) Hadiah yang terlalu bernilai dan diharapkan oleh ibu dan ayah anda..Semua ibu dan ayah ingin menimang cucu mereka sendiri..

9) Dapat membuat perancangan keluarga lebih awal,apabila anda berkahwin pada usia muda anda sudah boleh merancang untuk masa depan keluarga anda..Isteri juga akan berasa yakin dan konfiden apabila melahirkan anak pada usia muda..Selain itu,pasangan yang berkahwin pada usia muda sebenarnya beruntung sebab boleh menjaga anda di usia muda.. Kelebihanya apabila umur anda sudah 30 lbih masa tu anak-anak dah besar..Jadi anda tak kelam kabut pada usia tersebut..

10) Menjadikan anda lebih bertanggungjawab, bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga..Anda pasti akan ubah sikap2 malas anda kepada rajin sebab anda bukan lagi hidup dibawah jagaan ibu dan ayah tetapi anda sudah mempunyai tanggungjawab besar untuk jaga keluarga anda..

Sebenarnya ada banyak lgi kelebihan kahwin d usia yang muda selain yang tertera di ats…

Jom kita terjah pula kekangan2 yang diperolehi sekiranya ingin kahwin awal…

Tapi tak semuanya indah bila berkahwin pada usia muda, macam2 kes juga boleh berlaku antara bercerai pada usia mudah muda2 lagi dah jadi janda/duda..
Ramai pasangan muda yang berkahwin mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan kehidupan, ini memang kenyataan ramai yang gagal disebabkan faktor kewangan yang tidak tetap...Jadi bila masalah kewangan berlaku keluarga anda juga akan melarang anda untuk berfikir pasal kahwin..

Sebelum nak jaga anak orang,sebelum nak impikan mempunyai keluarga bahagia anda kumpul la duit dulu untuk masa depan anda bersama keluarga anda..Jangan lupa ilmu agama juga sangat penting,jika anda lelaki anda perlu mempunyai ilmu agama yang cukup sebelum berkahwin,sebab bila dah berkahwin anda perlu membimbing isteri anda menjadi isteri yang solehah...

Anda jangan ingat semuanya indah selepas berkahwin pada usia muda, selepas berkahwin terdapat banyak cabaran yang anda dan pasangan anda perlu hadapi, ini yang menjadi perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat..Banyak tanggungjawab yang akan datang,lagi2 lepas anda sudah mendapat cahaya mata..Masa tu anda perlu bersedia banyak dari segi mental dan fizikal..Anda juga perlu sediakan duit untuk membeli keperluan anak anda, seperti baju,ubat,mainan,susu dan makanan dan banyak lagi...

Mungkin ramai yang berhasrat untuk berkahwin muda, namun ia terhalang oleh batasan adat. Kita memerlukan kos yang tinggi untuk melangsungkan perkahwinan yang disempurnakan dengan adat-adat Melayu.  Wang hantaran, hadiah hantaran, cenderamata untuk tetamu dan belanja kenduri memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

Saya menulis entry ni bukan sebab saya sndiri sudah brkahwin dlm usia muda…tpi biarla kita smua jdikn ini sbagai panduan brsama…

Idea nak buat entry ni juga dsebabkan adk prempuan sya ada ckp ssuatu dgn sya
“wah…kakak da nak msuk umur 20 tahun,macam tak caya pula…da boleh kahwin ni,tak lama lgi saya dpt abg ipar…”

Saya sndiri trkejut dgr apa yg dia ckp pda sya…

Bukan juga tak nak khwin awl,tpi mslhnya sya nak perbaiki diri dahulu sebab…
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.” (An Nur: 26)

& 1 sebab lagi ialah calon belum ada..
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya,jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)

Kepada anda yang ingin brkahwin 2 jgn lupa supaya khabarkan kpd org lain…
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

Nampaknya itu sahaja perkongsian utk kali ini…
Sampai  ketemu lagi dalam lembaran kisah yg baru..

Sambutan Hari Jadi



Menurut Islam, seseorang itu boleh menyambut hari jadinya atau pun meraikan hari lahir orang lain.

Ada 2 pendapat ulama mengenai hukum sambutan hari lahir:

1) Sesetengah ulama berpendapat adalah haram sambutan harijadi yang mengadakan upacara meniup lilin, menyanyi dan menari dalam keadaan bercampur gaul lelaki dan perempuan kerana ianya perbuatan yang meniru budaya orang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: “sesiapa yang meniru satu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan kaum tersebut” (Riwayat Abu Daud).

2) Ada pendapat yang lain pula mengatakan sambutan hari jadi adalah perkara yang tiada nas mengenainya, sama ada menyuruh atau melarang. Oleh itu perlu dilihat kepada tujuan dan cara sambutan diadakan.
Wallahualam…

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita mengingati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya,meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. 

Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab ia bukan dari budaya Islam.

Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu.

Justeru itu, sekiranya kita mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kita memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya.

Antaranya:

a. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).

b. Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan) maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu” serta berselawat. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.

c. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.

d. Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.

e. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang). Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: “Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”

f. Muhasabah diri (koreksi diri) yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.
Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada kecuaian dan kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian susuli dengan niat, azam dan perancangan bagaimana untuk mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki ini. Tentunya baki umur kita semakin hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil muhasabah diri ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah s.w.t.

Selain melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT,kita juga seharusnya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada ibu bapa kita yang telah banyak berkorban untuk kita…

Kaedah yang di anjurkan Islam adalah lebih baik…smoga lepas ni sambutan yang diadakan biarlah lebih islamik & bukannya pengaruh barat…



Jumaat, 4 Januari 2013

~Ma'assalamah~



Ma'assalamah...
Mungkinkah itu perkataan yang terakhir saya dengar daripadanya??
Dia mengharapkan agar saya menjalani kehidupan yang baru…

Tapi maaf…
Saya tidak dapat melakukannya…
Biarlah saya teruskan sebegini,
Menyimpan secebis harapan yang pasti tidak kunjung tiba,
Mengingati semuanya agar menjadi pedoman hidup,
Menjadikannya benteng daripada melakukan kesilapan berulang,

Akan saya pahat dalam ingatan dirimulah yang pertama,
Meskipun jadi yang terakhir belum tentu lagi…
Bak kata-kata mu,insya Allah ada jodoh takkan ke mana…

Biarpun manusia mengatakan penantian satu seksaan,
Tapi biarlah…
Saya bahagia menanti tanpa pasti…  

Apa yang mampu saya harapkan ketika ini,
Teruskanlah hidupmu…
Berbahagialah dalam menjalani kehidupan baru dirimu…

Kiranya muncul yang baru,
Teruskan sahaja…saya redha…
Asalkan dirimu bahagia bersamanya…
Semuanya baik-baik sahaja…

~Dusta Di Sebalik Kata~


Kepercayaan telah musnah berderai tatkala diri ditipu,
Usah memberi harapan setinggi gunung andai tidak terjangkau,
Usah bermain kata penuh dusta kerna kelak aku terluka,
Jika benar aku berharga di matamu janganlah membicarakan kepalsuan…

Kebenaran di utarakan tanpa terus padaku,
Bagaimana untuk diriku menerima kenyataan segala mainan kata-katamu,
Bila diriku menjadi insan terakhir mengetahui segalanya…
Hanya mampu tersenyum dalam duka,
Namun hati lebur tanpa dikehendaki…

Tidak dipinta kesudianmu menghampiriku,
Tiada paksaan pernah diutarakan,
Lalu mengapa diri di tipu,
Adakah ini semua merupakan balasan atas kesilapan yang lampau?
Sekiranya begitu…
Katakan sahaja agar diri ini mampu menerima kenyataan pembalasan…

Mencuba untuk tidak bermain dengan api,
Menjauhi untuk kepentingan bersama,
Namun mengapa bila cuba ku lesapkan diri,
Kau mengatakan semuanya dusta,
Semuanya DUSTA…

By: Hati Yang Terluka

Rabu, 2 Januari 2013

Apakah Kamu Mencintai Sesuatu Dari Dunia?


Rasulullah SAW pda suatu hari sdg duduk brsma para shbt.Di antara mereka trdpt Khulafa al-Rasyidin,shingga dpt d ambil manfaatnya oleh para shbt yg hadir.

Baginda bertanya,sebagaimana yang ada dalam kita al-mutafarriqaat pada judul ats-Tsulaatsiyyaat al-Mubaarakaat,kepada Abu Bakar, “Apakah kamu mncintai ssuatu dari dunia?”

Abu Bakar mnjwb, “Ya.Aku mncntai dmimu 3 hal.Aku memandangmu,aku duduk d hdpnmu & aku mnginfakkan hartaku kpdmu.”

Baginda brtnya kpd Umar, “Apakah kmu mncntai ssuatu dari dunia?”
Umar mnjwb, “Ya.Aku mncntai dmimu 3 hal.Amar ma’ruf meski dgn cara rahsia,nahi munkar mskipun dgn cara trbuka & mnyatakan kbenaran mskipun pahit.”

Baginda brtnya kpd Uthman, “Apakah kmu mncntai ssuatu dari dunia?”
Uthman mnjwb, “Ya.Aku mncntai dmimu 3 hal.Mmberi mkn,mnebarkan salam & mlakukn solat mlm pda saat mnusia sdg tdur.”

Baginda brtnya kpd Ali, “Apakah kmu mncntai ssuatu dri dunia?”
Ali mnjwb, “Ya.Aku mncntai dmimu 3 hal.Memuliakan tamu,brpuasa pda musim pns & memenggal leher kaum musyrikin dgn pedang.”

Setelah itu Rasulullah SAW pun brsabda kpd mereka, “Sdg aku sndiri mncntai dari dunia kalian 3 hal :Wangian,wanita(Baginda mngucapkan ini d hdapan para shbt agar mereka mneladani bginda dlm mnghargai wanita solehah krana sbahagian dari mereka tdk mnghargai,mereka mmandang wanita sbgai brg yg d jual beli,mksud Rasulullah dgn sabda ini adlh isteri2 baginda),dan ketenanganku djdikn d dlm solat.”

Dsebutkn bhawa stlh itu, Jibril turun mnemui Rasulullah SAW lalu brkata kpd baginda, “Tuhan Yang Maha Tinggi mnyampaikan salam kpdmu.Dia brkata bhawa Dia mncntai 3 hal: lidah yg brzikir,hati yg brsyukur & jasad yg sabar ats cubaan.”

Kmudia Jibril brkata, “Dan aku mncntai 3 hal: mnyampaikn risalah,mnunaikan amanah & mncntai kaum miskin.”

Stlh itu,ketika para imam 4 mazhab mngetahui hadis ini, mereka brkata serupa.

Imam Abu Hanifah brkata, “Aku mncntai dari dunia 3 hal.Mnuntut ilmu spjg mlm,mnghindari keangkuhan & hati yg kosong dari kcintaan kpd dunia.”

Imam Malik brkata, “Aku mncntai dari dunia 3 hal,brdekatan dgn raudhah Nabi SAW,tinggal d tnh baginda (Madinah) & mnghormati kluarga baginda.”

Imam Syafie brkata, “Aku mncntai dari dunia 3 hal.Brgaul dgn mnusia dgn lmbut,mninggalkn apa yg mnyebabkn takalluf’ pura2 atau mnyusahkan diri sndiri & mngikuti cara kjernihan.”

Imam Ahmad brkata, “Aku mncntai dari dunia 3 hal.Mngikut Nabi SAW dlm hadis2 baginda,mngambil berkah dgn cahaya2 baginda & mnyusuri Sunnah baginda.”

Marilah kita mniru pda pndahulu kita yg mncntai Allah & rasul-Nya dgn cnta yg hakiki.Dgn cnta itulah mereka layak mndpt cnta Allah & rasul-Nya.

Sumber rujukan : buku khutbah2 Rasulullah SAW,penulis Syekh Thaha Abdullah al-Afifi...

Hijrah VS Masihi



Bersua kembali dalam coretan yang trkini…
Spt yg anda lihat dlm tjuk kali ini,sya nak tmbulkn prsoalan kpd anda…
Skarang tahun apa mngikut kalendar Hijrah bgi org2 Islam??
Tahu tak ni?
If u know,then Alhamdulillah n congratulation…
N if u don’t know kcian sjala…

Ok hari ini adlh 18 safar 1434 Hijrah…

Next question…
Brapa tarikh hari ini mngikut kalendar Masihi??
Da tahu….anda smuanya mmg da tahu…
Berapa??
Pandai pun…
Sekarang ni 1 januari 2013…

Nmpk tak beza kdua2 tarikh ni??
Yg 1st tadi anda x tahu (jika x tahula) n 2nd tdi punyala smua tahu…mklumla it’s New Year guys…

Entry kali ini bkn nak mnghasut anda supaya mengingati tarikh ikut kalendar Hijrah…sya pun prnh alami terutamanya bgi sseorg yg brgelar plajar…
X cya??

Tarikh hari ini apa?? 2 januari 2013 (cthnya)
Bila kita nak exam?? 5 mei 2013 (cthnya)

Sya pun alami ni smua dulu…so jgn rsau,kita serupa…hehehe…
Sbb ni la kita lbih tahu tarikh mngikut Masihi…
Cuba bayangkan pula jika org tnya tarikh kita pula jwb dlm Hijrah

Tarikh hari ini berapa ek?? 19 safar 1434 (cthnya)
Bila nak exam?? 20 Jamadilakhir 1434 (cthnya)

Huh….conform blank org yg brtnya 2 kn??

So….jom kita terjah sjara di sebalik kedua2 jnis kalendar ini…

Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam.Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
D
i antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap. Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilāl) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilāl tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.

Dengan pencerapan begini mendorong Muslim berkecimpung dalam bidang astronomi, yang meletakkan Islam terkehadapan dalam sains tersebut buat beberapa kurun. Amalan tradisi ini masih diikuti di negara-negara lain seperti Pakistan and Jordan. Walau bagaimanapun, kebanyakan peraturan astronomi negara Muslim membenarkan penggunaan calendar dan tidak tertakluk sentiasa kepada cara ini.Malaysia, Indonesia, dan beberapa negara yang lain memulakan bulan ketika matahari terbenam pada hari pertama ketika bulan terbenam selepas matahari terbenam. Di Mesir, bulan bermula ketika matahari terbenam pada hari pertama yang bulan terbenam sekurang-kurangnya lima minit selepas matahari terbenam.

Umm al-Qura yang rasmi, kalendar Arab Saudi menggunakan kaedah astronomi yang berlainan hinggalah beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum 1420H (sebelum 18 April 1999), jika usia bulan yang terbenam di Riyadh sekurang-kurangnya 12 jam, maka hari yang tamat ketika matahari terbenam itu merupakan hari pertama setiap bulan. Ini menyebabkan negara tersebut meraikan hari-hari raya sehari atau dua hari awal berbanding negara lain termasuklah Haji yang hanya menggunakan tarikh Arab Saudi kerana berlangsung di Makkah. Pada tahun 1380-an H (1970-an), negara Muslim berlainan menamatkan puasa Ramadan pada empat hari yang berbeza. Perayaan aidil fitri lebih seragam pada 1420H. Bagi 1420-22H, jika bulan terbenam selepas matahari terbenam di Makkah, maka hari yang bermula ketika matahari terbenam tersebut adalah hari pertama bulan Saudi, peraturan yang sama juga bagi Malaysia, Indonesia, dan yang lain (kecuali tempat rukyah dijalankan).

Sejak 1423 H (16 Mac 2002), peraturan telah dijelaskan sedikit yang memerlukan gabungan geosentrik matahari dan bulan untuk berlaku sebelum matahari terbenam, sebagai tambahan untuk memerlukan bulan terbenam berlaku selepas matahari terbenam di Makkah. Ini memastikan yang bulan telah berlalu melepasi matahari ketika senja, walaupun langit masih terlalu terang sebaik sebelum betul-betul kelihatan anak bulan. Secara tegasnya, kalendar Umm al-Qura digunakan untuk kegunaan awam sahaja. Pembuatnya menyedari yang untuk dapat benar-benar mencerap hilāl buat kali pertamanya boleh berlaku dua hari selepas apa yang dikira dalam kalendar Umm al-Qura.

Sejak 1419 H (1998/99) beberapa pegawai jawatan kuasa pencerap hilāl telah ditetapkan oleh kerajaan arab Saudi untuk menentukan rukyah anak bulan bagi permulaan bulan. Tidak kurang juga, pegawai agama Arab Saudi turut menerima saksi pencerapan oleh sesiapa yang kurang berpengalaman lalu mengumumkan yang hilāl dapat dilihat walaupun pihak pegawai tidak dapat melihatnya. Kebanyakan kesnya, pencerapan tersebut amat sukar dan terdapat yang salah lihat.
Bulan terbenam terkemudian daripada matahari bagi negara yang di barat, maka negara Muslim di sana sering menyambut hari perayaan sehari awal berbanding negara Muslim di timur.

Terdapat pelbagai kalendar Islam yang digelar kalendar Islam tabular yang bulannya dikira melalui kaedah hisab berbanding rukyah atau pengiraan falak. Ia mempunyai kitaran setiap 30 tahun dengan 11 tahun lompat dengan 355 hari dan 19 tahun dengan 354 hari. Bagi jangka masa panjang, ia tepat kepada satu hari dalam 2500 tahun. Ia juga menyisihkan 1 atau 2 hari bagi jangka pendek.
Microsoft telah menggunakan "algoritma Kuwaiti" untuk menukar kalendar Gregorian kepada kalendar Islam secara sulit. Untuk merealisasikan hasratnya itu, Microsoft telah mendakwa menggunakan analisis statistik data bersejarah dari Kuwait tetapi sebenarnya Microsoft telah menggunakan taburan kalendar Islam tabular.

Pada tahun kesembilan Hijrah, Allah berfirman akan pengharaman mengubah pengharaman bulan seperti tertera dalam al-Quran dalamSurah At-Taubah:36-37

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang kafir.

Pengharaman ini turut diulang baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam khutbah terakhir baginda di Arafah iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah (perenggan ini sering dibuang daripada khutbah oleh penyunting moden kerana dianggap tidak penting):

Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu:Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban.

Terdapat tiga bulan suci (atau bulan haram) berturut-turut yang dinyatakan oleh baginda iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram lantas mengelakkan pertambahan sebarang bulan sebelum Muharram. Bulan suci yang tunggal lain ialah Rejab. Bulan-bulan ini dianggap suci dalam kalendar Islam baru dan juga kalendar ketika zaman jahiliyah Makkah yang dari itu ia diterbitkan dengan membuang bulan-bulan yang tidak perlu atau ditambah-tambah pada penghujung 10 H. Turutan bulan yang ditambah-tambah, sebelum dibuang, tidaklah diketahui.
Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

Safar (صفر)
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

Rabiulawal (ربيع الأول)
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

Rabiulakhir (ربيع الآخر/ ربيع الثاني)
Bulan kedua musim bunga.

Jamadilawal (جمادي الأول)
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

Jamadilakhir (جمادي الآخر / جمادي الثاني)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

Rejab (رجب)
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

Syaaban (شعبان)
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

Ramadan (رمضان)
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

Syawal (شوال)
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

Zulkaedah (ذو القعدة)
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Zulhijah (ذو الحجة)
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.


Next….
Sejarah kalendar Masihi…

Sebelum tu, cuba fahamkan istilah-istilah ini :
a) B.C.E = Before Common Era / Before Christian Era / Before Current Era
b) C.E = Common Era / Christian Era / Current Era
c) A.D = Anno Domini / In The Year Of Our Lord
d) Masihi = C.E / A.D
e) Sebelum Masihi = B.C.E

Amacam? Confuse tak? Hehehe.. Senang je sebenarnya, ok guys, mungkin korg akan tanya, kenapa pula ada istilah BCE,CE dan AD, tadi cakap cuma masihi dan sebelum masihi je kan?

Sebenarnya memang berkait, kali ini cuba fahamkan pula apa maksud masihi dan sebelum masihi ok? baca elok2..
a) Sebelum Masihi : Orang-orang Barat (Kristian) menetapkan bahawa ini adalah kalendar/tahun sebelum kelahiran Jesus Christ. So ye, 99999999999 – 1 SM itu bermaksud sebelum kelahiran Jesus.
b) Masihi : Selepas kelahiran Jesus Christ, so ye 1 Masihi adalah pentarikhan selepas kelahiran Jesus.

Ok, dalam Bahasa Inggeris, Sebelum Masihi dipanggil BCE. Boleh rujuk kat atas tu. Masihi pula dipanggil CE dan AD. Ok untuk istilah AD tu, ia merupakan istilah Latin iaitu ANNO DOMINI yang dipanggil tahun tuhan kita. Maksud tahun tuhan kita ini merujuk kepada kelahiran Jesus. So ye, Masihi, CE dan AD adalah sama.

Ok sekarang masih tahun 2013 kan? So tahun 2013 ni boleh ditambah dengan 2013 Masihi, 2013 C.E (Common Era), 2013 AD (Anno Domini).

Ada lagi, sebagai maklumat tambahan, Sejarawan di dunia telah menetapkan bahawa penggunaan terkini adalah BCE dan CE. Kalau dulu, sekiranya anda pernah membaca buku2 sejarah karya orang barat, mereka menggunakan istilah BC iaitu Before Christ dan AD iaitu Anno Domini dalam penceritaan tahun. Sekarang dah tukar kepada BCE dan CE iaitu Before Common Era dan Common Era. Dalam Bahasa Melayu Masihila.


Secara umumnya, orang Rom mempopularkan penggunaan takwim solar dan pada peringkat awal, penggunaan takwim dikira bermula daripada masa bandar Rom diasaskan.
Tarikh yang digunakan ditanda dengan perkataan Rumawi iaitu ab urbe condita (auc) yang bermaksud “dari tarikh pengasasan bandar”. Andai kata tarikh ini masih dipakai hari ini, kita sekarang berada pada tahun 2757 auc.
Apabila Julius Caesar menawan Mesir pada tahun 48 sebelum Masihi, beliau memperkenalkan apa yang dipanggil takwim solar Julian (bersempena dengan namanya) pada tahun 709 auc atau tahun 46 sebelum Masihi.

Takwim ini dikatakan diperkenalkan setelah Julius Caesar meminta seorang ahli falak bernama Sosigenes untuk membuat perubahan kepada takwim yang sedia ada pada ketika itu.

Takwim baru ini mempunyai 12 bulan dalam setahun dengan bilangan hari sebanyak 365 hari dengan tambahan sehari bagi setiap empat tahun.

Namun begitu, sejarah merekodkan bahawa kesilapan berlaku dalam pengiraan takwim Julian ini apabila tambahan satu hari pada setiap empat tahun tidak dilakukan, sebaliknya tambahan ini dilakukan pada setiap tiga tahun.

Ini berlaku antara tahun 43 sebelum Masihi sehingga tahun 10 sebelum Masihi.

Augustus Caesar yang menggantikan Julius Caesar sebagai pemerintah Empayar Rom mengarahkan supaya pengiraan tahun lompat ini dihentikan dan hanya disambung pada tahun empat selepas Masihi.

Augustus Caesar juga membuat beberapa perubahan kepada jumlah hari dalam sebulan. Pada asalnya, dikatakan bulan Februari mempunyai 29 hari dan 30 hari bagi tahun lompat.

Februari kehilangan satu hari kerana pada satu ketika, dua daripada bulan dalam takwim Julian dinamakan Julai (sempena Julius Caesar) dan Ogos (sempena Augustus Caesar).

Pada asalnya Ogos hanya mempunyai 30 hari, namun Augustus Caesar menganggap dirinya sama hebat jika tidak lebih hebat daripada Julius Caesar, maka beliau telah memerintahkan supaya bulan Ogos ditambah satu hari. Ini menjadikan jumlah hari dalam bulan Ogos sebanyak 31 sama seperti bulan Julai.

Kesan pembesaran Empayar Rom menyaksikan penyebaran penggunaan takwim Julian yang kemudian turut diterima pakai gereja Kristian.

Pada tahun 527 Masihi, seorang paderi Rom bernama Dionysius Exiguus memperkenalkan sistem pengiraan takwim yang diberi nama Anno Domini atau AD (yang memulakan tarikh 1 AD sempena kelahiran Isa al-Masih). Orang Islam menggelarkan pengiraan ini sebagai al-Masihiah atau Masihi.

Menariknya, berlaku kekeliruan dengan tarikh lahirnya Nabi Isa apabila Dionysius Exiguus menyatakan bahawa Nabi Isa lahir pada tahun 754 auc tetapi ramai yang beranggapan bahawa kiraan Exuguus tidak tepat dan mempunyai ralat sebanyak beberapa tahun.

Jika ditinjau panjang purata setahun bagi takwim Julian ialah 365.25 hari dengan satu hari ditambah setiap empat tahun, ini jauh berbeza dengan panjang sebenar bagi setahun.

Namun demikian, di kalangan ahli astronomi sendiri, panjang sebenar tempoh satu tahun dipertikaikan.

Pendapat popular berpegang kepada purata tahun tropika iaitu 365.2422 hari dalam setahun manakala satu lagi pendapat mengatakan bahawa panjang purata setahun ialah 365.2424 hari.

Beza nilai ini ialah masing-masing 0.0078 hari (11 minit 13.8 saat) dan 0.0076 hari (10 minit 56.4 saat).

Akibatnya setiap 131 tahun, takwim Julian ini akan berganjak menyebabkan ia tidak lagi selari dengan perubahan musim solstis dan ekuinoks yang merujuk kepada kedudukan matahari dengan bumi dan ini menjadi sumber pengiraan yang penting bagi hari-hari kebesaran Kristian.

Menjelang abad ke-16, tarikh Hari Easter yang sepatutnya berlaku semasa Ekuinoks Musim Bunga telah memasuki musim panas.

Bagi mengatasi masalah ini, Pope Paul III mendapatkan beberapa ahli astronomi seperti Christopher Clavius untuk mencari penyelesaian kepada keadaan gawat itu dan kajian dilakukan sehinggalah Gregory XIII menjadi Pope Gereja Roman Katolik.

Beberapa cadangan dikemukakan dan Gregory XIII memilih cadangan Clavius. Pada 24 Februari 1582, beliau memperkenalkan beberapa perubahan kepada pengiraan takwim dan ini dikenali sebagai "Takwim Gregorian".

Perubahan yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

Sebanyak 10 hari ditolak daripada takwim yang dipakai pada ketika itu menjadikan hari yang menyusul selepas Khamis, 4 Oktober 1582 sebagai Jumaat 15 Oktober, 1582 (5 Oktober 1582 jika menurut kiraan Julian).

Bagi pengiraan tahun lompat Julian, tahun itu mestilah boleh dibahagi dengan angka 4. Dalam perubahan yang diperkenalkan melalui takwim Gregorian, sesuatu tahun lompat itu hanya dikira jika sama ada boleh dibahagi dengan 400.

Oleh itu, setiap tahun yang boleh dibahagi dengan 4 ialah tahun lompat melainkan jika boleh dibahagi dengan 100 dan tidak dengan 400.

Ini menjadikan tahun-tahun 1600 dan 2000 sebagai tahun lompat tetapi tidak demikian bagi tahun-tahun 1700, 1800, 1900 dan 2100.

Hari pertama tahun baru ditetapkan pada 1 Januari setiap tahun.

Hari bagi tahun lompat ditetapkan pada 29 Februari.

Penggunaan takwim berkenaantersebar serta-merta ke negara Roman Katolik seperti Sepanyol, Itali, Portugal, Poland, Perancis dan Luxembourg dan secara berperingkat digunakan di negara seperti Jerman, Belgium, Switzerland, Belanda dan Hungary.

Britain hanya menggunakan takwim ini dalam tahun 1752 dengan perubahan pada tarikh dilakukan pada Khamis 14 September 1752 (tarikh ini ditukarkan daripada 2 September 1752).

Koloni British di seluruh dunia, termasuk Tanah Melayu, turut melakukan perubahan itu.

Akibat daripada penggunaan takwim Gregorian ini, terdapat dua tarikh bagi satu hari yang sama antara abad ke-16 dan ke-18, bergantung kepada takwim mana yang digunakan.

Mengikut konvensyen, tarikh yang menggunakan takwim Julian ditandakan dengan “OS” yakni old style manakala tarikh yang menggunakan takwim Gregorian ditandakan dengan “NS” atau new style.

Negara lain di dalam dunia turut menggunakan takwim Gregorian ini secara berperingkat misalnya Jepun (1873), Mesir (1875), Eropah Timur (antara 1912 dan 1919), Russia 1918) dan Turki (1927).

Ringkasan AD yang diterima pakai bagi pengiraan takwim Gregorian ialah ringkasan kepada “Anni Domini Nostri Jesu Christi” yang bermaksud “dalam tahun Tuhan Kami Jesus Christ.”

Takwim ini mempunyai konotasi kepada agama Kristain, oleh sebab itu mungkin menyebabkan rasa tidak senang hati di kalangan penganut Islam dan Yahudi khususnya, maka ringkasan AD diganti dengan CE iaitu “Christian Era” manakala BC (“Before Christ”) diganti dengan BCE (untuk Before Christian Era).

Namun demikian, di kalangan orang Islam di Malaysia dan rantau Melayu umumnya, ringkasan SM (sebelum Masihi) dan TM (tahun Masihi) lebih kerap digunakan.

Bagi penganut Kristian, sambutan tahun baru mempunyai konotasi keagamaan kerana tahun baru menandakan ulang tahun kelahiran al-Masih namun, kepada orang lain sambutan itu mempunyai konotasi yang berbeza.
Golongan muda nampaknya begitu ghairah dengan sambutan tahun baru tetapi sayangnya cara berseronok itu tidak selari dengan kehendak agama Islam.

Sambutan tahun baru perlu dilakukan dengan hasrat untuk berubah ke satu keadaan yang lebih baik malangnya apa yang kita lihat ialah seolah-olah budaya hedonisme yang menerap masuk membawa bersamanya keruntuhan moral dan akhlak.

Satu perkara yang mungkin wajar direnungkan ialah mengapa orang Islam begitu beria meraikan 1 Januari dan pada waktu yang sama seperti tidak mempedulikan 1 Muharam?

Sepatutnya konsep hijrah yang dibawa oleh perayaan Maal Hijrah perlu dihayati oleh setiap umat Islam. Adakah Maal Hijrah setiap tahun hanyalah satu cuti umum dalam kalendar tahunan kita semata-mata?


Ok nak ingatkn smula,bukan nak hasut anda sbagai pembca utk mmatuhi tarikh ikut kalendar Hijrah…tpi sja sbagai prkongsian & pringatan brsma…