Sabtu, 5 Januari 2013

Sambutan Hari Jadi



Menurut Islam, seseorang itu boleh menyambut hari jadinya atau pun meraikan hari lahir orang lain.

Ada 2 pendapat ulama mengenai hukum sambutan hari lahir:

1) Sesetengah ulama berpendapat adalah haram sambutan harijadi yang mengadakan upacara meniup lilin, menyanyi dan menari dalam keadaan bercampur gaul lelaki dan perempuan kerana ianya perbuatan yang meniru budaya orang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: “sesiapa yang meniru satu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan kaum tersebut” (Riwayat Abu Daud).

2) Ada pendapat yang lain pula mengatakan sambutan hari jadi adalah perkara yang tiada nas mengenainya, sama ada menyuruh atau melarang. Oleh itu perlu dilihat kepada tujuan dan cara sambutan diadakan.
Wallahualam…

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita mengingati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya,meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. 

Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab ia bukan dari budaya Islam.

Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu.

Justeru itu, sekiranya kita mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kita memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya.

Antaranya:

a. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).

b. Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan) maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu” serta berselawat. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.

c. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.

d. Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.

e. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang). Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: “Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”

f. Muhasabah diri (koreksi diri) yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.
Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada kecuaian dan kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian susuli dengan niat, azam dan perancangan bagaimana untuk mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki ini. Tentunya baki umur kita semakin hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil muhasabah diri ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah s.w.t.

Selain melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT,kita juga seharusnya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada ibu bapa kita yang telah banyak berkorban untuk kita…

Kaedah yang di anjurkan Islam adalah lebih baik…smoga lepas ni sambutan yang diadakan biarlah lebih islamik & bukannya pengaruh barat…



2 ulasan:

  1. nasib la aq x smbut bday lnsung.. bapa aku pun x tau aq bday. bru la, ahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau ok lgi...tarikh birthdayku yg snng d ingat pun ummi & ayah ku nda ingat lngsung...ni kali la...

      Padam