Sabtu, 5 Januari 2013

Kahwin Pada Usia Yang Muda



How r u guys for today??

Semoga sntiasa sihat walafiat,kpd yg tdk sihat 2 pula semoga cpt sembuh ok…

Kali ini saya nak share pula tentang kahwin...

Ketahuilah bahawa berkahwin itu adalah satu sunnah. Manakala mengamalkan sunnah pula adalah merupakan amalan yang paling afdhal, apatah lagi di akhir zaman. Hadith Nabi s.a.w menyebut :
"Nikah itu adalah salah satu daripada sunnah aku, barangsiapa yang membenci sunnah aku maka dia bukanlah dari kalangan aku ( ummatku )"

Hadith ini jelas menyebut bahawa nikah itu adalah sunnah, dan melakukan sunnah beroleh ganjaran yang sangat besar. Sebagaimana dinyatakan dalam hadith berikut, di mana Nabi s.a.w bersabda :
” Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku ketika ummatku semakin rosak ( akhir zaman ) maka baginya pahala umpama 70 orang yang mati syahid “.

Dalam sesetengah riwayat yang lain disebut :
” baginya pahala 100 orang mati syahid “.

Dengan demikian besar ganjaran mengamalkan sunnah – salah satunya an-nikah – maka semestinya ramai yang mahu berkejar2 mengamalkan sunnah tersebut.

Huh…ni pula persoalan paling hot..nak kahwin muda tak??

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.

So kali ini saya nak share apakah kelebihan bagi mereka yang ingin kahwin di usia yang muda…

1) Kahwin awal dapat mengelakkan zina..Pasangan muda yang masih belajar apabila kahwin muda, mereka akan terlepas dari melakukan maksiat sebab mereka dah mempunyai hubungan yang halal dan sah..Daripada bercouple 4,5,6,7,8,9 ataupun 10 tahun tetap berdosa sebab semasa bercouple macam2 maksiat boleh berlaku.. Dalam islam pun sebenarnya tak dibenarkan bercouple2, sebaliknya nak yang lebih indah iaitu Bercinta Selepas Nikah..

2) Dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat..Sekarang ni terlalu banyak kes anak di luar nikah, kes pembuangan bayi.. Ini semua berlaku disebabkan perasaan cinta yang ditambah dengan nafsu dan dengan hasutan syaitan maka terjadilah zina.. Sebab tu digalakkan berkahwin ketika belajar pada usia muda, sebab kita selamat dari melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina dan selamat daripada melakukan dosa.. Apabila dah berkahwin pastinya kita akan menjaga zuriat kita dengan baik dan sempurna..

3) Batas-batas pergaulan anda terpelihara, memang tak dapat dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa,ingin dating,ingin bersama2 setiap masa dan waktu... Apabila perkara ini selalu terjadi, secara tidak langsung pasangan ini akan terlibat dengan melalukan perbuatan terlarang iaitu maksiat & zina..
Bila dah kahwin, dan mempunyai hubungan yang sah anda sudah berjaya menjaga batas-batas pergaulan anda..

4) Bila dah berkahwin pada usia muda, anda sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai.. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan2 yang cantik akan diganggu oleh lelaki.. Perkara ini sering terjadi kepada pelajar IPTA.. Dengan berkahwin pada usia muda dan mempunyai suami anda sebenarnya sudah selamat dari gangguan..

5) Selamat dari cinta monyet, anda semua mesti tahu apa itu cinta monyet? biasa cinta monyet ni bertahan sekejap selepas itu putus..Ramai sebenarnya yang cinta monyet,berjanji sehidup semati nk bersama2 untuk selama-lamanya..Tapi bila hubungan yang diharapkan kekal sehingga ke jinjang pelamin akhirnya musnah..
Apabila perkara ini berlaku, anda akan kecewa,sedih,marah,benci dan paling teruk hilang kepercayaan terhadap cinta ada yang sampai bunuh diri..
Sebab itu anda patut berkahwin ketika usia muda, sebab apabila dah berkahwin insyAllah akan kekal selama-lamanya.. 

6) Hidup lebih berkat dengan adanya hubungan yang sah..Pastinya hidup anda akan lebih berkat apabila mempunyai ikatan hubungan yang sah iaitu suami dan isteri...

7) Prestasi cemerlang selepas kahwin,dan mendapat semangat baru untuk belajar, tak dapat dinafikan dah ramai yang berkahwin semasa belajar mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan exam.. Dengan berkahwin, menjadikan seseorang itu lebih tenang dan matlamat hidup mereka lebih jelas. Mereka lebih fokus dalam bidang pelajaran dan sokongan dari pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat.

8) Hadiah yang terlalu bernilai dan diharapkan oleh ibu dan ayah anda..Semua ibu dan ayah ingin menimang cucu mereka sendiri..

9) Dapat membuat perancangan keluarga lebih awal,apabila anda berkahwin pada usia muda anda sudah boleh merancang untuk masa depan keluarga anda..Isteri juga akan berasa yakin dan konfiden apabila melahirkan anak pada usia muda..Selain itu,pasangan yang berkahwin pada usia muda sebenarnya beruntung sebab boleh menjaga anda di usia muda.. Kelebihanya apabila umur anda sudah 30 lbih masa tu anak-anak dah besar..Jadi anda tak kelam kabut pada usia tersebut..

10) Menjadikan anda lebih bertanggungjawab, bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga..Anda pasti akan ubah sikap2 malas anda kepada rajin sebab anda bukan lagi hidup dibawah jagaan ibu dan ayah tetapi anda sudah mempunyai tanggungjawab besar untuk jaga keluarga anda..

Sebenarnya ada banyak lgi kelebihan kahwin d usia yang muda selain yang tertera di ats…

Jom kita terjah pula kekangan2 yang diperolehi sekiranya ingin kahwin awal…

Tapi tak semuanya indah bila berkahwin pada usia muda, macam2 kes juga boleh berlaku antara bercerai pada usia mudah muda2 lagi dah jadi janda/duda..
Ramai pasangan muda yang berkahwin mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan kehidupan, ini memang kenyataan ramai yang gagal disebabkan faktor kewangan yang tidak tetap...Jadi bila masalah kewangan berlaku keluarga anda juga akan melarang anda untuk berfikir pasal kahwin..

Sebelum nak jaga anak orang,sebelum nak impikan mempunyai keluarga bahagia anda kumpul la duit dulu untuk masa depan anda bersama keluarga anda..Jangan lupa ilmu agama juga sangat penting,jika anda lelaki anda perlu mempunyai ilmu agama yang cukup sebelum berkahwin,sebab bila dah berkahwin anda perlu membimbing isteri anda menjadi isteri yang solehah...

Anda jangan ingat semuanya indah selepas berkahwin pada usia muda, selepas berkahwin terdapat banyak cabaran yang anda dan pasangan anda perlu hadapi, ini yang menjadi perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat..Banyak tanggungjawab yang akan datang,lagi2 lepas anda sudah mendapat cahaya mata..Masa tu anda perlu bersedia banyak dari segi mental dan fizikal..Anda juga perlu sediakan duit untuk membeli keperluan anak anda, seperti baju,ubat,mainan,susu dan makanan dan banyak lagi...

Mungkin ramai yang berhasrat untuk berkahwin muda, namun ia terhalang oleh batasan adat. Kita memerlukan kos yang tinggi untuk melangsungkan perkahwinan yang disempurnakan dengan adat-adat Melayu.  Wang hantaran, hadiah hantaran, cenderamata untuk tetamu dan belanja kenduri memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

Saya menulis entry ni bukan sebab saya sndiri sudah brkahwin dlm usia muda…tpi biarla kita smua jdikn ini sbagai panduan brsama…

Idea nak buat entry ni juga dsebabkan adk prempuan sya ada ckp ssuatu dgn sya
“wah…kakak da nak msuk umur 20 tahun,macam tak caya pula…da boleh kahwin ni,tak lama lgi saya dpt abg ipar…”

Saya sndiri trkejut dgr apa yg dia ckp pda sya…

Bukan juga tak nak khwin awl,tpi mslhnya sya nak perbaiki diri dahulu sebab…
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.” (An Nur: 26)

& 1 sebab lagi ialah calon belum ada..
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya,jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)

Kepada anda yang ingin brkahwin 2 jgn lupa supaya khabarkan kpd org lain…
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

Nampaknya itu sahaja perkongsian utk kali ini…
Sampai  ketemu lagi dalam lembaran kisah yg baru..