Selasa, 1 Januari 2013

Love...



Makna ‘Cinta Sejati’ trus dicari & digali…
Manusia dari zaman ke zaman seakan tdk prnah bosan mmbicarakannya.
Sbenarnya,apa itu ‘Cinta Sejati’ & bgaimana pandangan terhadapnya?

Masyarakat di belahan bumi manapun saat ini sdg diusik oleh  ‘Cinta Sejati‘, & dbuai oleh impian ‘Cinta Suci’. Krananya,ramai yg mmpersiapkan diri utk mrayakan hari cinta yg dikenali sbgai “Valentine’s Day”.

Pada kesempatan ini, sya tdak ingin mengajak anda menelusuri sejarah & kronologi adanya prayaan ini & tdk juga ingin mmbicarakan hukum mengikuti prayaan ini. Krana sya yakin, anda tlh banyak mndngar & mmbaca tentang itu semua…

Saya ingin mengajak anda untuk menyelami sedikit: apa itu cinta? Adakah cinta sejati & cinta suci? & apa jenis cinta yang selama ini menghiasi hati anda?

Seorang peneliti dari Researchers at National Autonomous University of Mexico mengungkapkan hasil penemuannya yg bgitu mngejutkan. Mnurutnya: Sbuah hubungan cinta psti akn mnemui titik jemu, bukan hanya krana faktor bosan semata, tapi krana kandungan zat kimia di otak yg mngaktifkan rsa cinta itu tlh hbis. Rasa tergila2 & cinta pda sseorg tdk akn brtahan lbih dari 4 tahun. Jika tlh brumur 4 tahun, cinta sirna, & yg trsisa hnya dorongan seks, bkn cinta yg murni lagi.
Mnurutnya, rasa tergila2 mncul pda awal jatuh cinta dsebabkan oleh aktiviti & pngeluaran komponen kimia spesifik di otak, berupa hormon dopamin, endorfin, feromon, oxytocin, neuropinephrine yg mmbuat seseorg mrasa bahagia, berbunga2 & berseri2. Akn ttapi seiring brjlnnya waktu, & khadiran badai tanggungjwb & dinamika kehidupan kesan hormon2 itu berkurang lalu menghilang.

Wah… bagaimana nasib cinta yg slama ini anda dambakan dari pasangan anda? & bagaimana nasib cinta anda kpada pasangan anda? Jangan2 sdh lnyap & terkubur jauh2 hari.
Anda ingin sengsara krana tdk lgi mrasakan indahnya cinta pasangan anda & tdk lgi mnikmati lembutnya buaian cinta kepadanya? Ataukah anda ingin ttp mrasakan betapa indahnya cinta pasangan anda & juga betapa bahagianya mncintai pasangan anda?
Bila anda mencintai pasangan anda krana kcantikan @ ktampanannya, maka saat ini saya yakin anggapan bahwa dia adlh org trcntik & tertampan, telah luntur.
Bila dahulu rasa cinta anda kepadanya tumbuh krana dia adalah orang yg kaya, maka saya yakin saat ini, kekayaannya tidak lagi bermakna di mata anda.
Bila rasa cinta anda bersemi krana dia adlh org yg brkedudukan tinggi & trpandang di masyarakat, maka saat ini kedudukan itu tidak lagi berkilau secerah yg dahulu menyilaukan pandangan anda.
Bila anda trlanjur trbelenggu cinta kpd sseorang, padahal dia bukan suami atau isteri anda, ada baiknya bila anda menguji kadar cinta anda. Kenalilah sjauh mana kesucian & ketulusan cinta anda kepadanya.
Cuba anda duduk sejenak, membayangkan kekasih anda dalam keadaan buruk, pakaiannya selekeh sedang duduk di rumah usang. Akankah rasa cinta anda masih menggemuruh sedahsyat yang anda rasakan saat ini?

Para ulama’ sejarah mengisahkan, pada suatu hari Abdurrahman bin Abi Bakar radhiallahu ‘anhu pergi ke Syam untuk berniaga. Di tengah jalan, dia melihat seorang wanita berbadan cantik nan rupawan bernama Laila. Tanpa diduga dan dikira, panah asmara Laila melesat dan menambat hati Abdurrahman bin Abi Bakarradhiallahu ‘anhu. Maka sejak hari itu, Abdurrahman radhiallahu ‘anhu mabuk kepayang krananya, tak kuasa mnahan badai asmara kpd Laila. Shingga Abdurrahman radhiallahu ‘anhu sring kali mrangkaikan bait-bait syair utk mngungkapkan jeritan htinya. Berikut di antara bait-bait syair yg pernah dia rangka:
Aku senantiasa teringat Laila yang berada di seberang negeri Samawah
Duhai, apa urusan Laila dengan diriku?
Hatiku senantiasa diselimuti oleh bayang-bayang sang wanita
Paras wajahnya slalu membayangi mataku dan menghuni batinku.
Duhai, bilakah aku dapat berjumpa dengannya,
Semoga bersama kafilah haji, ia datang dan akupun bertemu.
Krana begitu sering ia menyebut nama Laila, sampai-sampai Khalifah Umar merasa kasihan kepadanya. Sehingga tatkala beliau mengutus pasukan perang untuk menundukkan negeri Syam, dia berpesan kepada panglima perangnya: bila Laila termasuk salah satu tawanan perangmu, maka berikanlah kepada Abdurrahman radhiallahu ‘anhu & SubhanAllah, takdir Allah setelah kaum muslimin berhasil menguasai negeri Syam, didapatkan Laila termasuk salah satu tawanan perang. Maka impian Abdurrahman pun segera terwujud. Mematuhi pesan Khalifah Umar radhiallahu ‘anhu, maka Laila yang telah menjadi tawanan perangpun segera diberikan kepada Abdurrahman radhiallahu ‘anhu.
Anda blh bayangkan, betapa girangnya Abdurrahman, pucuk dcita ulam tiba, impiannya benar2 kesampaian. Begitu cintanya Abdurrahman radhiallahu ‘anhu kepada Laila, sampai2 dia melupakan isteri2nya yg lain. Merasa tdk mndapatkan perlakuan yg sewajarnya, maka isteri2nya yg lainpun mngadukan perilaku Abdurrahman kepada ‘Aisyah isteri Rasulullah SAW.
Abdurrahman berkata: “Tidakkah engkau saksikan betapa indah giginya, yang bagaikan biji delima?”
Akan tetapi tidak begitu lama Laila mengubati asmara Abdurrahman, dia ditimpa penyakit yang menyebabkan bibirnya jatuh, sehingga giginya selalu nampak. Sejak itulah, cinta Abdurrahman luntur dan bahkan sirna. Bila dahulu dia sampai melupakan isteri2nya yg lain, maka sekarang diapun bersikap lain. Abdurrahman tidak lagi sudi memandang Laila & slalu brsikap kasar kepadanya. Tdk kuasa menerima perlakuan ini, Laila pun mngadukan sikap suaminya ini kepada ‘Aisyah radhiallahu ‘anha. Mendapat pngaduan Laila ini, maka ‘Aisyah pun segera menegur saudaranya dengan berkata:
“Wahai Abdurrahman, dahulu engkau mencintai Laila dan berlebihan dalam mencintainya. Sekarang engkau membencinya dan berlebihan dalam membencinya. Sekarang, hendaknya engkau pilih: Engkau berlaku adil kepadanya atau engkau mengembalikannya kepada keluarganya.” Krana didesak oleh saudarinya demikian, maka akhirnya Abdurrahman pun memulangkan Laila kepada keluarganya.

Anda ingin merasakan betapa pahitnya nasib yang dialami oleh Laila? Ataukah anda mengimpikan nasib serupa dgn yg dialami oleh Abdurrahman bin Abi Bakar radhiallahu ‘anhu?
Anda ingin tahu, mengapa kenyataan ini blh terjadi?
Orang-orang Arab mengungkapkan fenomena ini dengan berkata:
“Setiap yang terlarang itu menarik (memikat).”
Dahulu, tatkala hubungan antara anda dengannya terlarang dalam agama, maka syaitan berusaha sekuat tenaga untuk mengaburkan pandangan & akal sihat anda, sehingga anda hanyut oleh badai asmara. Krana anda hanyut dlm badai asmara haram, maka mata anda menjadi buta dan telinga anda menjadi tuli shingga anda pun mengatakan :Cinta itu buta. 
Dalam pepatah arab dinyatakan:
“Cintamu kepada sesuatu, menjadikanmu buta dan tuli.”
Akan tetapi setelah hubungan antara anda berdua telah halal, maka spontan syaitan membuka tabirnya & berbalik arah. Syaitan tdk lgi membentangkan tabir di mata anda, syaitan malah berusaha membendung badai asmara yg tlh menggelora dlm jiwa anda.
Saat itulah, anda mulai menemukan jati diri pasangan anda seperti apa adanya.
Saat itu anda mulai menyedari bahwa hubungan dengan pasangan anda tidak hanya sebatas urusan paras wajah, kedudukan sosial, harta benda.
Anda mulai menyedari bahwa hubungan suami isteri ternyata lebih luas dari sekadar paras wajah atau kedudukan & harta kekayaan.
Terlebih lagi, syaitan telah berbalik arah & brusaha sekuat tenaga utk mmisahkan anda brdua dgn perceraian:
Mungkin anda bertanya, lalu apa yang perlu saya lakukan?
Brsikaplah sewajarnya & snantiasa gunakan akal sihat & hati nurani anda. Dengan demikian, tabir asmara tdk mnjadikan pandangan anda kabur & anda tidak mudah hanyut oleh bualan dusta dan janji2 palsu.
Mungkin anda kembali bertanya: Bila demikian adanya, siapakah yg sbenarnya layak utk mndptkan cinta suci saya? Kpd siapakah saya harus menambatkan tali cinta saya?
Semaklah jawapannya dari Rasulullah SAW:
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat alasan: krana harta kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan krana agamanya. Hendaknya engkau menikahi wanita yang taat beragama, nescaya engkau akan bahagia dan beruntung.”

Cinta yang tumbuh krana iman, amal soleh, dan akhlak yg mulia, akan senantiasa bersemi. Tidak akan lekang krana sinar matahari & tdk pula luntur krana hujan & tidak akan putus walaupun ajal telah menjemput.

Cintailah kekasihmu krana iman, amal soleh serta akhlaknya, agar cintamu abadi. Tidakkah anda mendambakan cinta yang senantiasa menghiasi dirimu walaupun anda telah masuk ke dalam alam kubur dan kelak dibangkitkan di hari kiamat? Tidakkah anda mengharapkan agar kekasihmu senantiasa setia dan mencintaimu walaupun engkau telah tua dan bahkan telah menghuni liang lahad?
Hanya cinta yang bersemi krana iman dan akhlak mulialah yg suci & sejati. Cinta ini akan abadi, tak lekang diterpa angin atau sinar matahari & tidak pula luntur krana air hujan.

Yahya bin Mu’az berkata: “Cinta krana Allah tidak akan bertambah hanya krana orang yang engkau cintai berbuat baik kepadamu & tidak akan berkurang krana ia berlaku kasar kepadamu.” 
Yang demikian itu krana cinta anda tumbuh bersemi krana adanya iman, amal soleh dan akhlak mulia, shingga bila iman org yg anda cintai tdk brtambah, maka cinta andapun tidak akan bertambah& sebaliknya, bila iman orang yang anda cintai berkurang, maka cinta anda pun turut berkurang. Anda cinta kepadanya bukan krana hrta bnda, pangkat kedudukan atau wajah yang rupawan, akan tetapi krana dia beriman dan berakhlak mulia. Inilah cinta suci yang abadi.
Setelah anda membaca tulisan sederhana ini,benarkah cinta anda suci? Benarkah cinta anda adalah cinta sejati? Buktikan…
Wallahu a’alam…
Mohon maaf bila ada kata2 yg kurang berkenan atau menyinggung perasaan.
Footnote:
1) Setelah membaca kisah cinta Abdurrahman ini, saya harap anda tidak mengomen atau berkata2 buruk tentang Abdurrahman krana dia adalah salah seorang sahabat Nabi, sehingga memiliki kehormatan yang harus anda jaga. Adapun kesalahan dan kekhilafan yg terjadi, maka itu adalah hal yang biasa, krana dia juga manusia biasa, blh mlakukan salah dan khilaf. Amal kebajikan para sahabat Nabi Muhammad SAW begitu banyak sehingga menutupi kekhilafannya. Jangan sampai anda merasa bahwa diri anda lebih baik dari seseorang apatah lagi sampai menyebabkan anda mencemuhnya krana kekhilafan yang dia lakukan.

Salam istimewa
~Nor Azura~ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan