Sambungan Part II
![]() |
Gambar Sekadar Hiasan |
" Kenapa lain
macam je ayang sekarang? Ada masalah
ke?" Muhammad mula bersuara bila
mana dia menyedari perubahan yang berlaku kepada isterinya. Senyum Hanan lain dari biasa.
" Tak adalah
bang. Ayang letih je," kata Hanan menahan sebak di dada.
" Bukan sehari
abang kenal ayang. Dah bertahun kita
bersama. Kenapa ni? Ayang ada masalah? Atau baby ni merungsingkan ayang?" Sangkal Muhammad lantas mengusap perut
isterinya yang mengandung tujuh bulan itu.
Hanan... Abang mencintaimu. Muhammad memeluk Hanan, dan mendudukkan dia
di sisinya.
"
Ceritakanlah... Ayang bukan sahaja
isteri abang... Tapi sahabat, dan teman
bagi abang. Tiada rahsia antara
kita."
" Abang..."
Hanan makin sebak.
Tiba-tiba...
" Umii... Tengok abang ni. Dia kacau Imah."
" Alaa. Bukan Abu nak
kacau. Abu nak main je."
" Abu main
kasar, bukan nak main elok-elok. Cakap kat abi."
Tak sanggup Hanan
membuka suara. Mujur putera puterinya
buat hal. Kalau tidak, tak tahu apa yang
akan berlaku. Pasti dia akan
teresak-esak di pangkuan Muhammad.
Nona! Mengapakah kamu hadir dalam
hidupku?
Kenapa Muhammad yang kau
pilih?
Kenapa dia yang kau cinta?
Bagaimana jika Muhammad bersetuju?
Tak sanggup Hanan menerima realiti itu.
Satu mimpi ngeri buatnya. Jika Muhammad menolak, Hanan pasti menangis
suka. Tapi, jika Muhammad menerima?
Hanan menangis juga. Dia menangis kedukaan.
Muhammad pasti memujuk tapi hatinya telah
mati.
Cerai?
Ya.
Perkara halal yang dibenci Allah.
Hanan tidak pernah terfikir untuk minta cerai.
Hanya Muhammad yang diharapkannya.
Sudah sebulan peristiwa
itu berlaku. Hanan melaksanakan
tanggungjawab seorang isteri seperti lazimnya.
Diasuh anak-anak sebaiknya.
Dilayan suami seikhlasnya. Tidak
pernah Hanan bermasam muka. Apatah lagi
berwajah sugul. Hanan lupa. Dia tidak boleh menipu Muhammad. Suami itu menyedari perubahan Hanan. Ada benda yang cuba disembunyikannya. Senyum Hanan manis tapi tidak semanis
dahulu. Segalanya berubah. Muhammad amat mencintai Hanan, dan dia tidak
mahu perubahan ini. Apa dah jadi? Muhammad gelisah tak tentu. Kerjanya tanpa kosentrasi. Senyuman Hanan yang lain itu sudah cukup
meresahkan Muhammad.
Sedarkah Hanan? Lebih parah lagi bila Muhammad tidak dapat
melakukan kerja dakwah seeloknya. Itulah
kuasa wanita. Yang akhirnya
menyungkurkan seorang lelaki. Bangkitlah
Muhammad. Sesungguhnya...
" Katakalah: Jika
bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu,
harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya,
serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah,
rasulNya, dan jihad ke jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah
mendatangkan seksaanNya..." At-Taubah : 24.
"
Abang..." Hanan bersuara satu
malam.
" Yang..."
" Baru-baru ni,
pelajar abang telefon."
" Ya."
" Nona
namanya," Hanan cuba melihat reaksi
Muhammad tapi tiada perubahan pada wajah itu.
" Ya."
" Katanya..." Diam seketika.
" Katanya dia
mencintai abang. Dia mahu mengahwini
abang."
" Jadi?" Begitu tenang lelaki ini.
" Kahwinilah
dia," lantas Hanan menangis
teresak-esak. Dia tidak mahu menangis
tapi dia tidak mampu menahan sebak di dada.
Disembamkan mukanya di riba suami.
Habis basah pelikat itu. Hanan
menangis, dan terus menangis. Tidak
sanggup untuk menatap wajah suaminya.
" Sebab inikah
kamu berubah isteriku?" Bisik hati
Muhammad. Diangkat muka Hanan. Ditenung mata yang berair itu. Hanan menundukkan muka lantas menyembamkan
wajahnya di ribaan suami. Muhammad
mengangkat kembali wajah itu. Ditenung
lagi mata itu. Tenungan yang sememangnya
tajam semakin tajam jadinya.
" Kalau ayang
suruh abang kahwin, kenapa
menangis?" Diam...
" Ayang tak sanggup?" Diam lagi...
" Kalau tak
sanggup, kenapa suruh abang kahwin?"
Lidah Hanan kelu.
" Ayang. Tiada
orang lain di hati abang. Ayang tiada celanya.
Buat apa abang nak cari lain?
Isteri abang hanya seorang.
Nazihatul Hanan namanya. Terima
kasih kerana bersama abang selama ini.
Melahirkan keturunan abang."
BERSAMBUNG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan