Khamis, 27 Disember 2012

Hati Seorang Isteri Part II


Sambungan Part 1
Gambar Sekadar Hiasan
" Kak Hanan."
" Ya saya. Siapa di sana?"
" Saya Nona, anak didik ustaz Muhammad."
" Ooo...  Ustaz tiada.  Dia belum pulang.  Nona nak pesan apa-apa?"
" Em...  Akak...  Saya harap akak tidak marah.  Tapi, saya dah tak mampu,"   talian sunyi sebentar.
" Akak...  Saya mencintai ustaz Muhammad.  Saya tidak mampu menipu diri saya sendiri.  Saya begitu sayang kepadanya, dan saya sanggup menjadi yang kedua."
" Ustaz tahu hal ni?"  Hanan cuba menahan getar di hatinya.
" Mungkin tahu.  Tapi,  buat-buat tak tahu.  Saya terseksa."  Diam lagi...
" Saya yakin ustaz akan mendengar nasihat akak. Kak...  Pinanglah dia untuk saya."

Hampir terjatuh gelas putih itu.  Hanan tidak sanggup.  Dia tidak sanggup bermadu.  Tidak rela dimadu.  Apatah lagi berkongsi suami.  Hanan tidak sekuat Saidatina Aisyah.  Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasulullah.  Bermadu tak semanis yang disangka.  Mungkin lebih pahit daripada hempadu.  Hanan tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada satu.  Malahan dua...  Tiga...  Empat...  Hanan yakin Muhammad mampu mengemudi dua buah bahtera.  Tapi...

Hanan tidak cukup kuat untuk itu.  Sudah banyak dia berkorban.  Perlukah dia berkorban lagi?  Dia berkorban kerana ketaatan.  Kerana patuh terhadap suami.  Perlukah dia terus memendam rasa lagi?  Menangis!!  Hanan tidak akan menangis kerana dugaan, dan ujian.  Saidina Ali pernah menangis kerana dirasanya Allah tidak memandangnya.  Mengapa?  Kerana dirasakan tiada ujian diturunkan buatnya.  Ujian!!  Sebagai tanda kasih Tuhan.  Sama ada ingin mengangkat martabat hambaNya itu, ataupun sebagai kafarah dosa yang dilakukan.  Dua-dua sama.  Sebagai tanda cinta Ilahi.  Allah pernah berfirman,
" Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya,"
Al-Baqarah : 286.  
Hanan juga tahu firman Tuhan, " Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar."  
Tapi...

Macam mana dengan Nona?  Nona mencintai suaminya.  Mengapakah Muhammad yang dipilih?  Bukan teruna lain di muka bumi Allah ini?  Adakah Muhammad turut mempunyai perasaan yang sama?  Atau,  adakah mereka sebenarnya saling mencintai?  Oleh sebab tidak sanggup berterus-terang, Muhammad menyuruh Nona meminta kebenaran.  Nanti...  Abu, dan Fatimah akan punya dua umi.  Tidak sanggup Hanan memikirkannya...
Tidak sanggup dia melihat kemesraan Nona, dan Muhammad...
Berkahwinlah tapi jangan berdampingan di hadapannya...
Bermesralah tapi usah mempamerkan kemesraan itu.  
Hanan yakin.  Kala itu, dia pasti akan menangis.  Kalau dulu, Hanan menangis dalam senyuman. Tapi kini, tangisannya berbunyi.  Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi.

Hanan teringat pesan Tok Guru.  Poligami tidak salah.  Malah meringankan beban wanita yang terseksa.  Asal kita hayati, fahami konsepnya.  Beliau juga berpesan kepada para suami agar tidak menambah yang sedia ada.  Tetapi, jika gelora hati tidak mampu ditahan, nikahlah.  
Kahwinlah satu lagi.    
Banyak kelebihan sebenarnya isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi.  Pertama, darjatnya pasti diangkat  Allah.  
Kedua, membolehkan si isteri mendekatkan diri kepada Tuhan.  Benar...
Bila suami bersama isteri kedua,  bolehlah isteri pertama melakukan ibadat sunat.  Bolehlah dia qiam sepertiga malam...
Hanan tahu semua itu...
Pasti dia dapat menghampiri Tuhannya...Mengadu, merintih kepadaNya.  
Tapi...

Kan ketaatan itu juga satu ibadah?

BERSAMBUNG...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan