Khamis, 27 Disember 2012

Cinta & Pengorbanan


Cinta sejati akan sentiasa diuji untuk dilihat sehebat mana cintanya itu... 
Cinta sejati juga memerlukan pengorbanan untuk membuktikan keikhlasannya dalam bercinta... 
Kisah cinta sesama manusia memang sentiasa hebat diperkatakan, namun ianya hanyalah sementara di persinggahan negeri yang bergelar 'dunia'... 
Kisah cinta seorang hamba kepada Khaliqnya banyak dipaparkan di dalam al-Quran dan sirah Rasulullah s.a.w. serta paparan kisah umat-umat terdahulu... 
Kisah cinta dan pengorbanan yang sejati boleh kita susuri dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. yang telah dipaparkan di dalam al-Qur’an al-Kareem. Setelah mengenal dan mengetahui siapa Tuhannya yang hakiki, terus jatuh cinta kepadaNya. Kemudian Tuhannya pun berkenan menyambut cintanya itu dan menjadikannya sebagai kekasihNya. Oleh kerana Nabi Ibrahim a.s. begitu memahami pengertian cinta sejati dan tuntutan ke arahnya, sanggup berkorban untuk Yang dicintainya kerana memang cinta menuntut kepada pengorbanan. Di atas ketentuan Kekasihnya, Ibrahim as diminta untuk mengorbankan satu-satunya putera kesayangan iaitu Ismail a.s. Walaupun telah bertahun-tahun lamanya menunggu kehadiran cahaya hati, namun di atas Iradah Kekasih hati,rela melepaskan puteranya itu untuk menjadi korban.
Itulah sekelumit kisah cinta antara seorang hamba dengan Khaliqnya. Kisah ini sungguh menyayat hati, yang tersirat di dalamnya pengorbanan seorang ayah dan pengorbanan seorang anak yang sanggup dikorbankan. Ia lahir dari penghayatan akan cinta yang amat mendalam kepada Rabbul Izzati... 
Begitu juga kisah syahidah pertama dalam Islam iaitu Sumayyah r.a. dia rela mengorbankan jiwa raganya demi mempertahankan akidah yang dicintainya...
Sayyidina Ali pula walau dalam usia remaja, sanggup menggantikan Rasulullah s.a.w. di tempat tidurnya sewaktu peristiwa hijrah. Walaupun diketahui maut pasti menantinya, tapi demi kecintaannya yang tinggi kepada kekasih Allah dia rela berkorban...
Sayyidina Abu Bakar al-Shiddiq r.a. pula sangat terkenal dalam kehebatan cintanya terhadap al-Rasul Khatimul Anbiya'. Dia rela membiarkan tangannya dipatuk ular ketika Rasulullah s.a.w. sedang tertidur di pangkuannya di dalam gua. Dia juga tidak sanggup tubuh orang yang dicintai lagi dikasihinya dijamah dek kesakitan...
Satu contoh pengorbanan yang sungguh hebat dan tidak mampu dilakukan oleh kita yang terlalu dhaif imannya iaitu senipis kulit bawang....
Siri-siri pengorbanan seterusnya disambung pula oleh para mujahideen khususnya di Palestin dalam memperjuangkan Islam tercinta dan membebaskan tanahair dari kezaliman puak zionis laknatullah. Mereka rela nyawa sebagai taruhan dari Islam dipijak-pijak oleh puak kufur laknatullah. Ini kerana SYAHID FISABILILLAH adalah cita-cita.
Demikianlah antara kisah cinta sejati, pengorbanan hakiki, yang pasti balasannya syurga Ilahi. Bagaimana pula dengan kita??? Apakah bukti kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya? Jauh sekali mempertaruhkan nyawa, namun untuk melawan godaan nafsu pun masih tidak mampu. Adakah kita layak untuk mendapat tempat disyurgaNya? Sungguh malu rasanya jika difikirkan perbezaan iman umat terdahulu dan kita umat akhir zaman....Marilah kita menginsafi sejauh mana pengorbanan yang telah kita lakukan dalam perjuangan ini...
Wallahu'alam bissawab...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan